Thursday 23 August 2012

Gigit ular tedung sampai mati(balas dendam kot)




Nepal – Seorang petani yang digigit oleh seekor ular tedung, telah bertindak nekad dengan menggigit semula ular berkenaan, mengakibatkan ular tedung itu mati.
Kejadian berlaku ketika Mohammes Salmodin sedang menanam padi di sawahnya.
Menurut Mohammed, dia berbuat demikian selepas mendapat petua daripada seorang bomoh sebelum ini supaya menggigit semula ular berkenaan hingga mati bagi menyelamatkan nyawanya.
Mohammed yang dimasukkan ke hospital akibat gigitan berkenaan, kini dibenarkan keluar daripada hospital.
“Apabila saya menyedari saya digigit oleh seekor ular, saya berlari ke rumah untuk mencari lampu suluh. Selepas menemuinya di kawasan sekitar, saya telah menggigitnya hingga mati,” katanya yang menetap di Biratnagar.
Selepas digigit, Mohammed kembali melakukan tugas hariannya seolah-olah tiada apa yang berlaku sehinggalah keluarganya, jiran dan polis memaksa dia ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Ular tedung yang dibunuhnya itu biasa ditemui di Nepal malah negara berkenaan mempunyai pelbagai jenis ular tedung termasuk yang paling berbahaya.
Dianggarkan terdapat kira-kira 20,000 kes gigitan ular dilaporkan setiap tahun di Nepal dengan kebanyakannya di wilayah Terai.
Jumlah mereka yang maut akibat digigit ular adalah kira-kira seribu orang.


p/s: ni baru balas dendam,hehehe

lelaki atau perempuan?

Dia ni lelaki or pompuan?
kalo tgk badan mcm lelaki,,tp tgk bahagian bawah korang2 paham la apa yg xda..
tgk muka lak mcm perempuan..
arggh...pening2